KesihatanNasional

3,045 kes baharu Covid-19, 5 kematian

LAMAN sesawang CovidNow memaklumkan, jangkitan Covid-19 merekodkan 3,045 kes baharu dan lima kematian semalam.

Menurut data di laman sesawang tersebut, kes baharu itu terdiri daripada 3,040 kes penularan tempatan dan lima kes import.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,735,547 kes dan 36,085 kematian,” menurut laman seswang tersebut.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 43,431 kes aktif Covid-19, termasuk 72 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 46 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.2% atau 41,759 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 33 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,567 orang atau 3.6% menerima rawatan di hospital.

“Seramai 4,226 pesakit dilaporkan sudah sembuh,” menurut laman sesawang itu lagi.

Satu kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhan 7,052 kluster, dengan 27 daripadanya masih aktif. – SM

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button