Jenayah

Jadi keldai akaun, polis tahan lima individu

POLIS menahan lima individu termasuk dua wanita berusia lingkungan 19 hingga 26 tahun kerana menjadi keldai akaun dalam sebuan di sekitar Kawasan Petaling Jaya pada pukul 8 pagi semalam.

Kesemua suspek dijadikan keldai akaun oleh sindiket yang tidak bertanggungjawab yang memperoleh nombor akaun mereka menerusi urusan pinjaman wang dengan ah long sebelum ini.

Malah, ada juga yang menjual kad ban bagi mendapatkan wang upah untuk membuka akaun bank atas nama mereka sendiri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, ada juga suspek yang tidak mengetahui bahawa akaun banknya telah digunakan untuk tujuan aktiviti penipuan wang.

“Mangsa mudah terpedaya dengan penipuan ini dalam pelbagai bentuk antaranya sindiket menawarkan pinjaman wang yang tidak wujud, pembelian barang di dalam media massa, menipu dalam urusan sewa bilik atau rumah dan lain-lain lagi.

“Sindiket memberikan nombor akaun bank suspek yang dijadikan ‘keldai akaun’ kepada mangsa bagi urusan pembayaran atau pendeposit wang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, kesemua saspek ini telah dituduh di bawah seksyen 424 kanun keseksaan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada semalam.

Jelasnya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan sebarang panggilan atau individu yang meminta butiran peribadi atau maklumat berkaitan kewangan.

“Sindiket penipuan ini akan memberi pelbagai helah dan masyrakat perlu merujuk terus ke institusi perbankan yang sebenar atau mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa,” katanya.

Tambahnya, pihaknya akan terus mengesan keldai akaun dan juga sindiket yang tidak bertanggungjawab ini yang mennjadikan individu tidak bersalah sebagai mangsa. – SM

(Visited 606 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button