Nasional

10.6 juta terima BPN 2.0 bermula 26 Oktober

BANTUAN Prihatin Nasional (BPN) 2.0 fasa 1 akan mula dibayar kepada 10.6 juta rakyat pada 26 Oktober ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pembayaran tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM7bilion seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 23 September lalu.

Fasa pertama pembayaran BPN 2.0 berjumlah RM4.8 bilon melibatkan B40 isi rumah RM4,000 ke bawah seramai 3.7 juta, B40 bujang RM 2,000 ke bawah (3.8 juta), M4 bujang RM4,001 hingga RM8,000 (1.7 juta) dan M40 bujang RM2,001 hingga RM4,000 (1.7 juta).

B40 isi rumah RM4,000 ke bawah menerima bantuan RM1,000; B40 bujang RM 2,000 ke bawah (bantuan RM500); M4 bujang RM4,001 hingga RM8,000 (bantuan RM600) dan M40 bujang RM2,001 hingga RM4,000 (bantuan RM300).

Fasa kedua akan dibayar pada Januari 2021.-SM

 

(Visited 199 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button