Uncategorized

Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS

RINGGIT kembali meningkat daripada penurunannya apabila dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, berikutan perkembangan positif yang dialami pasaran pertukaran mata wang asing Asia.

Pakar berkata minat risiko bertambah baik selepas perhatian didapati beralih kepada yen Jepun apabila Bank Of Japan (BOJ) dilihat akan mengubah pendiriannya tidak lama lagi selepas kekal mengalami keadaan terlebih akomodatif.

Pada 9.15 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6660/6700 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6765 ketika ditutup pada Khamis. Beliau berkata BOJ telah mengekalkan kadar dasarnya pada -0.1 peratus sejak Januari 2016 hingga kini.

Ringgit didagangkan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama. Mata wang tempatan meningkat berbanding Pound kepada 5.8778/8828 daripada 5.8802/8858 semasa ditutup pada Khamis. Ringgit susut berbanding Yen Jepun kepada 3.2632/2662 daripada 3.2243/2276 dan lemah berbanding Euro kepada 5.0374/0417 daripada 5.0359/0408 semalam.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN lain. Ia meningkat berbanding Peso Filipina kepada 8.42/8.45 daripada 8.45/8.46 pada Khamis namun susut berbanding Baht Thailand kepada 13.2916/3086 daripada 13.2803/3014.

Unit tempatan rendah berbanding Dolar Singapura kepada 3.4912/4947 daripada 3.4884/4920 serta lemah berbanding Rupiah Indonesia kepada 300.6/301.1 daripada 301.0/301.5 sebelum ini.

Artikel berkaitan > Ringgit dibuka rendah pada sesi awal urus niaga

(Visited 26 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button