Hiburan

Fathia Latiff samakan muka Zahira Macwilson macam bibik

Pelakon kontroversi Fathia Latiff menyamakan muka pelakon popular, Zahira MacWilson seperti bibik atau pembantu rumah secara terbuka selepas menjawab komen peminat dalam siaran langsung di TikToknya apabila ada yang meninggalkan komen Zahira dikatakan cantik semulajadi.

Pelakon yang popular menerusi Ariana Rose itu turut mengatakan bapanya seorang pelakon yang tidak popular dalam industri dan menambah bibir Zahira hasil dari pembedahan plastik dan bukannya asli.

Menerusi story ig Fathia Latif
Menerusi story ig Fathia Latif

‘’Are you guys sure?, she like a bibik for me and ayah dia like.. pelakon yang tak famous and dia takkan boleh lawan I. Dia punya followers dengan Aiman punya followers, bergabung pun tak boleh lawan followers i. And.. she did her lips in Australia. Don’t be denial that I am so far prettier than her.

Dalam pada itu dia juga meluahkan rasa kecewa terhadap jenama mewah kerana membuang namanya dari menghadiri acara berkenaan disebabkan Zahira dan suaminya, Aiman turut hadir dalam majlis berkenaan.

Fathia juga dengan berani membezekan muka mereka semasa kecil

Malahan dia juga bersyukur kerana tidak berkahwin dengan Aiman kerana didakwa tidak memiliki wang.
‘’Saya bersyukur kerana dia berkahwin dengan lelaki (Aiman) itu. Saya pun tak nak dia (Aiman) bye.

“Saya tidak boleh terima kenyataan, saya sudah siap nak pergi ke event Versace tapi disebabkan mereka berdua ada sekali, nama saya dibuang.

Aiman sebenarnya tidak berduit pun. Apa saja yang dia buat? Korang ingat anak Datuk kaya ke? Korang rasa mereka kaya ke? diorang pun pinjam duit dekat oranglah,” katanya.

Aiman dan Zahira mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Isaac Raees yang kini berusia 2 tahun. Pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata kedua.

Sebelum ini, Aiman dan Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun mereka berpisah pada tahun 2015.

Dua tahun tak bertegur, Fathia Latif dan Zarina Anjoulie akhirnya berbaik semula

(Visited 128 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button