NasionalPolitik

Surat perjanjian palsu antara PM-Muhyiddin berlegar di medsos

TENGAH malam semalam, Media Social dikejutkan dengan beberapa Surat Perjanjian antara Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diviralkan.

Setelah disemak dengan teliti dengan beberapa sumber, jelas kelihatan ini merupakan “Surat Perjanjian Palsu” yang direka dengan teliti dan baik sehinggakan seolah-olah ia satu Surat Perjanjian yang asli.

2. Sudah diterangkan oleh Datuk Dr. Marzuki, bekas Ketua Setiausaha Sulit TSMY bahawa dokumen ini tidak akan dizahirkan atau dipamirkan dimana-mana. Ia akan disimpan hanya untuk rujukan semata-mata.

Ini adalah janji yang dipegang oleh kedua-dua belah pihak.

3. Walau bagaimana pun, Surat Palsu tersebut terdapat beberapa kecacatan iaitu Kerajaan Campuran ini tidak pernah dipanggil sebagai Kerajaan Perikatan Nasional.

Malah ketika Ucapan Sulung PM DS Ismail Sabri, PM telah umumkan bahawa Kerajaan Baru ini sebagai *KERAJAAN KELUARGA MALAYSIA.*

4. Perlu juga diperjelaskan disini, sebelum DS Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, beliau belum dapat sokongan sepenuhnya dari Ahli-Ahli Parlimen UMNO.

5. Lagi pula, ketika itu UMNO-BN tidak bermusuhan dengan parti BERSATU.

Oleh yang demikian, MKT UMNO Malaysia menyerahkan kepada Ahli-Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong DS Ismail Sabri bagi membentuk satu Kerajaan yang baru dengan Perikatan Nasional, PAS, GPS Sarawak dan Ahli-Ahli Parlimen Bebas yang menyokong Gagasan ini.

6. Perkara yang sama berlaku apabila UMNO dan PAS membuat suatu Gagasan Kerjasama Politik yang dinamakan Muafakat Nasional.

Juga tidak merupakan satu kesalahan ketika itu kerana UMNO tidak bermusuhan dengan PAS. – SM

 

(Visited 584 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button