Nasionalpilihan

Malaysia Digital raih nilai Pelaburan Digital Langsung Asing sebanyak RM42 bilion – PM

Meskipun inisiatif Malaysia Digital (MD) telah dilancarkan pada Julai lalu, ia telah berjaya meraih nilai Pelaburan Digital Langsung Asing sebanyak RM42 bilion, hanya dalam tempoh 2 bulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, MD berperanan mentransformasi ekosistem ekonomi digital negara dan memacu lebih banyak program berimpak tinggi secara langsung kepada Keluarga Malaysia.

“Nilai ini dijana melalui pelaburan 28 buah syarikat asing yang terdiri daripada syarikat dalam sektor Pusat Data,
Penyedia Perkhidmatan IT, Teknologi Kandungan Kreatif, dan Global Business Services ataupun GBS.

“Kejayaan ini amat penting dalam proses pemulihan ekonomi negara, kerana ia mewujudkan peluang pekerjaan berpengetahuan tinggi, membantu merancakkan inovasi seterusnya melonjakkan lagi ekonomi digital,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap dalam menyampaikan ucaptama pada majlis Kongres Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (WCIT) 2022 di Spice Arena, Bayan Baru.

Sementara itu, perkembangan Pelaburan Digital Langsung Domestik, setakat 24 Ogos 2022 pula telah
merekodkan sebanyak RM4.76 bilion.

“Menerusi usaha ini, sebanyak 6,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi sudah diwujudkan dan peluang ini akan
terus meningkat pada masa akan datang,” ujar Perdana Menteri.

Semua pencapaian positif tersebut telah meletakkan Malaysia di kedudukan terbaik bagi mencapai sasaran pelaburan digital sebanyak RM70 bilion menjelang tahun 2025, selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

Dengan memiliki infrastruktur bertaraf dunia, ekosistem digital yang holistik dan bakat digital yang berpengetahuan tinggi, hari ini, Malaysia mampu menjadi destinasi pelaburan digital utama di ASEAN.

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button