Luar Negara

Hampir 700,000 kanak-kanak di A.S. positif positif COVID-19

HAMPIR 700,000 kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) telah diuji positif COVID-19 sejak bermulanya wabak itu, menurut laporan terbaharu  American Academy of Pediatrics dan Persatuan Hospital Kanak-kanak.

Sebanyak 77,073 kes baharu membabitkan kanak-kanak dilaporkan dari 24 September hingga 8 Oktober, yang merupakan peningkatan 13 peratus dalam kes kanak-kanak dalam tempoh dua minggu, menurut laporan itu.

Memetik laporan Xinhua sejumlah 697,633 kes COVID-19 kanak-kanak telah dilaporkan di Amerika Syarikat setakat ini, dan kanak-kanak mewakili 10.7 peratus daripada keseluruhan kes yang dijangkiti, kata laporan itu.

Kadar keseluruhan adalah 927 kes setiap 100,000 kanak-kanak dalam AS.

Kanak-kanak menyumbang 0.9 peratus hingga 3.6 peratus dari jumlah penghospitalan yang dilaporkan, dan 0 hingga 0.23 peratus dari semua kematian COVID-19, kata laporan itu.

“Pada masa ini, nampaknya penyakit yang serius disebabkan oleh COVID-19 jarang terjadi dalam kalangan kanak-kanak.

“Walau bagaimanapun, pihak berkuasa harus terus memberikan laporan terperinci mengenai kes-kes, ujian, kemasukan ke hospital, dan kematian COVID-19 berdasarkan usia dan bangsa/etnik sehingga kesan COVID-19 terhadap kesihatan kanak-kanak dapat didokumentasikan dan dipantau,” kata laporan itu.

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button