Politik

Kit Siang tolak jadi mentor DAP, biarlah berehat

INI sikap yang bagus ada pada individu bernama Lim Kit Siang. Sebenarnya beliau ialah figura politik DAP yang juga pengasas parti itu.

Sejak muda, 56 tahun lalu, Kit Siang sudah lantang bersuara di pentas-pentas politik, menghentam sana, menghentam sini sebagai parti pembangkang dalam negara ini.

Apabila beliau mengumumkan bersara dari politik, apa bentuk tawaran yang ditawarkan kepada Kit Siang termasuk sebagai Mentor DAP, ditolak. Syabas Kit Siang.

Ketika berucap pada majlis makan malam bersama pemimpin dan Ahli Parlimen DAP malam tadi, Kit Siang berkata, beliau akan terus menyokong kepimpinan baharu parti dan ia telah disampaikan kepada Setiausaha Agung, Loke Siew Fook beberapa hari lalu.

Katanya, selagi masih hidup, beliau tidak dapat bersara daripada politik secara keseluruhannya “kerana politik mempengaruhi setiap aspek kehidupan seseorang”.

“Saya berterima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang baharu dan Setiausaha Agung DAP yang mencadangkan saya menjadi mentor DAP.

“Sebagai orang yang bekerja keras dalam DAP dan menghabiskan 56 tahun hidup saya untuk memajukan perjuangan DAP, saya sentiasa bersedia memberikan pandangan dan nasihat mengenai masa depan Malaysia serta hala tuju baharu DAP.

“Bagaimanapun, tiada keperluan untuk sebarang jawatan dan oleh itu saya menolak cadangan CEC untuk menjadikan saya mentor DAP,” katanya.

Pada kongres kebangsaan parti bulan lalu, Kit Siang mengumumkan beliau berundur daripada politik dan menarik diri bertanding kerusi dalam CEC pada pemilihan DAP.

Untuk rekod, Kit Siang berada dalam CEC sejak 1966 ketika mula menjadi Setiausaha Penganjur Kebangsaan dan seterusnya memegang jawatan Setiausaha Agung selama 30 tahun dari 1969. – SM

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button