Nasional

Pesakit aktif Covid di Malaysia melebihi angka 50,000

Buat pertama kali keseluruhan kes aktif Covid-19 melebihi angka 50,000 orang hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) seramai 50,894 orang pesakit Covid-19 ketika ini sedang dirawat.

Jumlah kes Covid-19 tidak menunjukan tanda-tanda penurunan walaupun selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 telah hampir sebulan dilaksanakan.

Jumlah kes baharu yang dicatatkan hari ini sebanyak 3,847 kes dengan hanya empat kes sahaja berkaitan pelawat luar negara sementara bakinya 3,843 merupakan jangkitan tempatan.

Pada masa yang sama jumlah kes yang sembuh adalah seramai 1,692 orang.

Hari ini 12 lagi kematian direkodkan dengan keseluruhan jumlah yang maut akibat virus itu meningkat kepada 857 orang.

Jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi  (ICU) ketika ini berjumlah 305 orang dengan 139 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.-SM

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button