NegeriRencah Hidup

Kayuhan Berbasikal RCB 10 bersama Raja Muda Perlis sumbang RM25,500

RURAL Capital Berhad (RCB) telah memberikan sumbangan amal berjumlah RM25,500 kepada golongan memerlukan sempena program ‘Kayuhan Berbasikal RCB 10 bersama Raja Muda Perlis’.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengetuai kayuhan sejauh 15 kilometer di sekitar Bagan Lalang, Sungai Pelek, Selangor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan pihak RCB menyerahkan sumbangan kepada 245 orang pelajar MITS kepada Pengetuanya, Siti Noridah.

Kayuhan tersebut turut disertai oleh Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Sri Azhar Abdul Manaf, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawan)nya, Datuk Zulfikri Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RCB, Hiruddin Hashim.

Antara lokasi disnggah ialah Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Sepang serta Pusat Latihan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Camar Laut.

Di MITS pihak RCB menyerahkan sumbangan kepada 245 orang pelajar yang disaksikan oleh Pengetuanya, Siti Noridah Tohiron.

Pengarah Eksekutif Kumpulan, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) Datuk Sri Dr. Irmohizam Ibrahim pula menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengetuai ‘Kayuhan Berbasikal RCB 10 bersama Raja Muda Perlis’ sejauh 15 kilometer di sekitar Bagan Lalang, Sungai Pelek, Selangor.

Manakala di LKIM Camar Laut pula, Baginda berkenan menyaksikan sesi penyerahan sumbangan bakul makanan oleh RCB kepada 10 nelayan terpilih kawasan setempat yang dikenalpasti oleh LKIM.

Hadir sama Penanggung Tugas Ketua Pengarah LKIM iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)nya, Zulkarnain Asha’ari.

Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial MARA, Zahari Aziz berkongsi kata-kata semangat kepada nelayan-nelayan yang hadir khususnya dalam memberikan tahap pendidikan yang terbaik kepada anak-anak.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menanam pokok di tempat yang disinggah semasa mengetuai ‘Kayuhan Berbasikal RCB 10 bersama Raja Muda Perlis’ sejauh 15 kilometer di sekitar Bagan Lalang, Sungai Pelek, Selangor.

Lebih 150 warga kerja MARA, RCB, MAIPs, TTG KL dan MARA Cycling Club telah mengambil bahagian dalam kayuhan ini.

Program berakhir dengan majlis penyerahan zakat perniagaan RCB Tahun 2022 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Avani Sepang Goldcoast Resort, Sepang, Selangor. – SM

BACA Raja Muda Perlis berkenan berangkat berbasikal di Daerah Yan

BACA Raja Muda sertai Kayuhan Berbasikal Keluarga Malaysia di Felda Chuping

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button