Hiburan

Mak mentua saya umur 89 tahun pun beraya seorang diri di rumah – Que Haidar

TINDAKAN beberapa individu yang memuat naik gambar mereka beraya di rumah saudara yang dekat membuatkan ada yang marah dan kecewa.

Antaranya ialah pelakon, Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar yang memuat naik status di laman Twitter miliknya.

Menurut Que, dia kecewa kerana ramai yang tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan supaya tidak melakukan ziarah Aidilfitri dan kekal berada di rumah.

Malah, Que juga memberitahu yang dia juga sanggup tidak beraya dengan ibu mentuanya yang berusia 89 tahun walaupun jarak rumah hanya lima minit demi patuh pada SOP.

“Mak meNtua saya umur 82, raya seorang diri walaupun rumah saya ke rumah mak mentua hanya lima minit masa memandu sebab ikut arahan tidak boleh beraya

“Awak boleh pula tayang gambar raya anak beranak, menantu cucu bagai.

“Memang duduk satu rumah ke macam mana..? Nak jadi pemimpin tapi… hrm.,” katanya.

Ciapan Que itu mendapat lebih 10,000 tanda suka (likes) dan ramai yang berkongsi kekecewaan yang sama menerusi ciapan mereka.

Ada netizen yang memberitahu bahawa terlalu ramai pengguna media sosial yang dengan sengaja memuat naik gambar mereka melakukan ziarah Aidilfitri.

Malah, ada juga yang melakukan ziarah tanpa memakai pelitup muka. -SM

(Visited 1,581 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button