Nasional

Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto.
Memetik BERNAMA, Prabowo tiba di Perdana Putra pada pukul 9 pagi, yang merupakan sebahagian daripada rangka lawatan khas sehari beliau ke Malaysia.
Ini merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029.
Semalam, pesawat khas yang membawa Prabowo bersama delegasi selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang pada 10.15 malam.
Beliau turut dijadual menghadiri mesyuarat tertutup bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Kuala Lumpur hari ini. – SM
(Visited 14 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button