Nasional

Telegram harus duduk semeja dengan SKMM

KEMENTERIAN Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menggesa Telegram segera mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam masa terdekat ini bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, kementerian memberi peluang kepada Telegram untuk berbuat demikian kerana platform media sosial itu menghubungi pihaknya baru-baru ini walaupun SKMM telah memberikan syor yang sangat tegas.

“Saya telah menerima beberapa syor yang sangat tegas daripada SKMM tetapi kita memberi ruang kepada Telegram untuk menghubungi SKMM kerana Telegram telah menghubungi pejabat saya baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya ada kesediaan di pihak Telegram untuk duduk semeja dengan SKMM dan Bukit Aman, beliau percaya isu sebaran bahan lucah, jualan dadah, scam dan maklumat palsu di platform berkenaan dapat diberi perhatian oleh Telegram.

Pada 3 Jun lalu, Fahmi berkata, kerajaan akan memastikan sebarang tindakan yang mungkin dikenakan ke atas Telegram, tidak akan terlalu menjejaskan pengguna platform tersebut.

Beliau berkata, pihaknya sedar aplikasi tersebut banyak digunakan khususnya oleh komuniti tertentu seperti sekolah dan pengamal media untuk menghantar video dan imej. – SM

BACA KKD teliti pemasangan internet di 200 kampung seluruh Kelantan

 

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button