Hiburan

Pakai baju tentera sambil gantung ‘pod’, Shaheizy Sam minta maaf

SELAIN sensitif dengan isu agama dan kecelaruan jantina, satu lagi perkara yang sering ditegur oleh netizen ialah berkenaan dengan gaya pemakaian pasukan beruniform.

Malah, sebelum ini sudah beberapa kali golongan selebriti ditegur kerana menggayakan pakaian beruniform terutamanya tentera dan polis dengan cara yang salah.

BACA> Inilah tudung paling mahal di muka bumi

Terbaharu, pelakon, Shaheizy Sam pula yang ditegur kerana memakai baju tentera dengan menyangkut rokok elektronik (pod) di lehernya.

Tidak melatah dengan teguran netizen, Shaheiy Sam bagaimanapun membalas komen tersebut dengan permohonan maaaf.

“Saya minta maaf. Akan diperbaiki di masa hadapan. Terima kasih atas teguran dan ingatan,” kata Shaheizy Sam.

Difahamkan, gambar tersebut merupakan barisan pelakon yang akan membintangi filem Bakara yang bakal menjalani penggambaran sekitar Jun tahun depan dan kini sedang menjalani latihan bersama tentera Malaysia.

Filem Bakara mengisahkan tentang perjuangan sebenar anggota 19 RAMD Mekanis menyelamatkan Renjer dan Delta US di Pasar Bakara Somalia pada 3 dan 4 Oktober 1994. -SM

(Visited 809 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button