Sukan

Maksym Koval Buat Akaun Instagram Baharu, Mohon Simpati Rakyat Malaysia

Agak tragis nasib yang menimpa atlet paralimpik Ukraine, Maksym Koval setelah akaun Instagram miliknya digodam rakyat Malaysia selain ruang komen diserang ‘tentera bawang’.

Namun demikian, kegagalan Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang dibatalkan atas faktor teknikal juga harus dipandang dengan terperinci.

Memahami ‘tentera bawang’ adalah askar tak terkalah rakyat Malaysia dalam media sosial kerana hebatnya ‘pembulian’, orang yang dibenci akan koyak emosinya.

Kes Ziyad ini agak menarik kerana tidak ramai yang bercakap soal pegawai pengiring yang sepatutnya memastikan Ziyad berada di call room satu jam lebih awal dan sebagainya.

Meski pun ada yang mengatakan terdapat juga beberapa peserta yang mengalami kelewatan, kelewatan ini sudah membuktikan atlet paralimpik Malaysia digagalkan sebelum bertanding.

Berbalik semula kepada Maksym, beliau sampai memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan memaklumkan dia kehilangan akses untuk membuka laman Instagramnya.

Walaupun Maksym telah membuat permohonan maaf secara terbuka, komen rakyat Malaysia yang beragama Islam memburuk-buruk serta menghina Maksym kerana kekurangan diri sangat tidak dipersetujui.

Hal ini demikian kerana Maksym juga hamba ciptaan Allah dan sesama umat daripada keturunan Adam dan Hawa yang diberi nafas oleh Allah SWT, apa hak kita untuk mengecam ciptaan Allah SWT secara berlebihan?

Adakah ia menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang agama persekutuannya adalah Islam? Mungkin Malaysia akan dikaitkan dengan agenda jahat dunia selepas ini. Nauzubillah!

(Visited 1,804 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button