Analisis

Maksud sebenar Annuar Musa tentang ‘tongkat’

Hantaran Tan Sri Annuar Musa ke media sosial semalam, menimbulkan tafsiran pelbagai, dan menimbulkan hingar-bingar kalangan pemerhati politik.

Ada yang menganggap ia bagi mengingatkan para pemimpin UMNO dan akar umbi bagaimana Pas dan Bersatu membantu parti itu naik kembali selepas kalah pada pilihan raya lalu.

Oleh itu tidak manis untuk membuang mereka yang telah membantu parti itu dengan menyatakan UMNO dibuli dan sebagainya.

Ada yang menyatakan sindiran itu ditujukan kepada Pas yang kini memilih untuk bersama-sama dengan Bersatu berbanding UMNO yang membawa parti itu bangkit daripada kekalahan melalui Muafakat Nasional.

Tidak kurang pula yang menyarankan Annuar supaya keluar daripada UMNO dan menyertai Bersatu kerana jiwanya sudah tidak berada di dalam UMNO.

Ramai juga yang meramalkan Annuar sudah bersedia untuk melompat dari kapal Perikatan Nasional (PN) yang kelihatan semakin rapuh dan boleh karam bila-bila masa.

Pada ketika ini orang politik semestinya telah sedar bahawa akar umbi UMNO tidak akan menyokong, apatah lagi mengundi pemimpin UMNO yang keluar dari parti itu atas apa jua alasan.

Mereka melompat dan yang bersekongkol dengan parti lain juga akan dihukum pada pilihan raya akan datang.

Akar umbi UMNO mahu menjadikan medan pilihan raya kali ini untuk membalas dendam terhadap pengkhianatan para pemimpinnya selepas parti itu kalah tempoh hari.

Sentimen atau cerita-cerita bagaimana UMNO dibantu dan diselamatkan tidak akan dipeduli lagi, yang penting kini akar umbi mahu membalas dendam dan mahu melihat ‘darah’.

Mereka menyimpan kemarahan itu telah lama dan semakin hari semakin membuak-buak.

Mereka mahu malukan pemimpin yang telah menyakitkan hati mereka dengan kuasa dan pangkat.

Oleh itu mereka tidak menghiraukan walaupun pemimpin itu terpalit dengan tuduhan jenayah, asalkan masih bersama mereka akan terus disokong.

Mereka tidak peduli apa jua kluster. Kluster mahkamah, kluster jajaran baharu atau kluster menteri.

Hal itu telah dibuktikan pada pilihan raya negeri Melaka tempoh hari dengan UMNO menang besar iaitu di luar jangkaan semua termasuk pemimpin UMB

 

 

 

(Visited 584 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button