fbpx
Hiburan

Maki TNB, Fezrul Khan minta maaf

Minggu lalu Suara Merdeka memuat naik cerita berkenaan pelakon, Fezrul Khan yang dilihat kecewa dengan kaedah pengiraan bil elektrik di rumahnya.

Fezrul atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidi Khan sebelum ini memuat naik bacaan bil elektriknya yang mencecah hingga RM1,300.

Nampaknya Tenaga Nasional Berhad mengambil berat berkenaan rasa kecewa Fezrul.

Menerusi status Fezrul di Instagramnya, beberapa individu dari TNB Kepong telah hadir ke rumahnya dipercayai untuk menyelesaikan kes bil tersebut.

Malah, Fezrul turut memohon maaf dan berterima kasih kepada TNB.


“Saya minta maaf banyak-banyak TNB. Terima kasih sekali lagi,” katanya.

Suara Merdeka turut mendapati gambar bil elektrik yang dimuat naik Fezrul sudah diturunkan daripada akaun Instagramnya.

Sementara itu, terdapat beberapa netizen yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan TNB yang bertindak cepat hanya kerana aduan itu dibuat seorang selebriti. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button