fbpx
Nasional

Maki polis stupid idiots, wanita ditahan

GARA-GARA memaki polis stupid idiots kerana tidak puas dengan sekatan jalan raya yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa seorang wanita telah ditahan.

Wanita itu menjerit ke arah polis dan tentera yang sedang bertugas: “Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk everywhere menyusahkan orang!”

Kejadian itu berlaku di dalam sekatan jalan raya Op Covid di Persiraran Surian bersempadan Kota Damansara-Damansara pagi tadi.

Menurut laporan portal berita MalaysiaGazette, wartawannya yang berada di lokasi dari awal pagi turut melihat gelagat wanita berkenaan sejak terperangkap dalam kesesakan sehinggalah beliau tiba di pekarangan apartmennya.

Menurut MalaysiaGazette, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi ketika wanita itu tiba di rumahnya selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas berkenaan.
Kesesakan itu berlaku ekoran operasi besar-besar pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya terhadap orang ramai yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Wanita tersebut yang memandu Proton X70 berwarna putih tinggal di apartmen terletak betul-betul bersebelahan sekatan jalan raya itu.
Dia juga bertindak membunyikan hon hampir setengah jam ketika cuba mencari jalan keluar dari kesesakan ke rumahnya.

Setelah tiba di kawasan kediamannya wanita itu menurunkan cermin tingkap dan menjerit:” Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk menyusahkan orang”.

Selepas 10 minit, wanita itu muncul semula dan dilihat berjalan ke arah polis seperti memberi penjelasan serta rasa tidak puas hati terhadap sekatan jalan raya yang didakwa menyusahkannya untuk membeli barang keperluan rumah.

Anggota polis yang bertugas meminta kad pengenalan dan bertindak menahannya serta diarah duduk di bawah khemah yang disediakan untuk para petugas sekatan jalan raya.

Dia kemudiannya dibawa ke balai polis Damansara untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 7(1)  Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).-SM

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button