Maki dan marah ‘pak cik Suhud’, Baim Wong akhirnya turun mohon keampunan
KECOH di Indonesia baru-baru ini apabila video pelakon, Baim Wong memarahi seorang pak cik yang ingin menjual buku agama terhadapnya tular di media sosial mendapat kecaman netizen.
Ramai yang beranggapan bahawa tindakan Baim itu sangat melampau apatah lagi terhadap seseorang yang lebih tua daripadanya.
Menurut Baim, pak cik tersebut yang dikenali dengan nama Suhud telah mengekorinya dari jauh semata-mata mahu menjual barangannya sehingga membuatnya berada tidak selesa.
Namun, tindakan Baim memarahi pak cik Suhud itu dilihat sebagai satu tindakan yang biadap dan tidak sepatutnya berlaku.
Pelakon itu cuba meminta maaf tetapi ternyata netizen lebih mahukan Bai, untuk turun bertemu pak cik tersebut dan meminta keampunan seikhlas hati.
Terbaharu menerusi laporan wowkeren.com, Baim dilihat telah turun untuk bertentang mata dengan pak cik Suhud dan memohon keampunan daripadanya.
Malah, suami kepada Paula Varhoeven itu juga turut memuat naik gambar mereka berdua di akaun media sosialnya sambil memuji keperibadian pak cik Suhud.
“Masyaallah.. Terima kasih tegurannya .. Dia Orang baik.. Terutama Ibadahnya . Saya sampai malu sendiri.. Baru tau peribadinya ketika saya bertemu Pak Suhud,” ujar Baim Wong.
Menurut Baim, apa yang berlaku ini adalah pelajaran paling berharga buatnya.
“Terima kasih Bosque.. Selalu diingatkan ya kalau memang saya ada salah.. Allah mempertemukan kita dengan caranya yg beda .. Sayang Kalian Semua,” pungkas ayah dua anak ini.
Netizen juga turut tersentuh hati dengan apa yang dilakukan Baim dan memuji keikhlasan pak cik Suhud untuk memaafkan apa yang telah berlaku. -SM