Nasional

Sekatarakyat serah kunci kepada pembeli pangsapuri Sekata Selangorku

KOPERASI Kakitangan Bank Rakyat Berhad (Sekatarakyat) ialah satu pertubuhan yang ditubuhkan dengan tujuan untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggota mengikut prinsip koperasi dan menggalakkan anggota-anggota berjimat-cermat dengan menyimpan sebahagian daripada pendapatan dengan tetap dan memberi kemudahan kredit atau pembiayaan untuk maksud yang munasabah dan berguna.

Aktiviti-aktiviti perniagaan yang utama dalam Sekatarakyat ialah memberi kemudahan pembiayaan kepada 5,695 anggota dan perniagaan Ar-Rahnu yang mempunyai 12 cawangan di seluruh negara.

Anggota-anggota Sekatarakyat terdiri daripada warga kerja Bank Rakyat yang masih berkhidmat, pesara Bank Rakyat dan kakitangan Sekatarakyat.

Antara perniagaan lain yang diceburi oleh Sekatarakyat ialah penyewaan di Sekata Apartmen, pengurusan dan penyewaan ruang pejabat, perniagaan kedai dan kafeteria, penyelenggaraan dan pembersihan pejabat, takaful, Taska Nuri dan pembangunan hartanah seperti 19 unit Banglo yang dikenali sebagai Sekata Vista di Dengkil, 107 unit rumah teres di Taman Saujana Sekata, dan 47 unit apartmen mampu milik yang dikenali sebagai Pangsapuri Saujana Sekata Selangorku.

Pengerusi Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad (Sekatarakyat), Datuk Mohamed Arsad Sehan berkata dalam Majlis Simbolik Penyerahan Kunci kepada pembeli Pangsapuri Sekata Selangorku bahawa sebanyak 46 unit sudah terjual dengan berbaki hanya satu unit.

“47 unit pangsapuri yang diberi nama Sekata Selangorku siap sepenuhnya pada November 2020 dan telah memperolehi Sijil Perakuan Siap & Pematuhan (Certificed of Completion & Compliance (CCC)) pada 20 Ogos daripada Majlis Perbandaran Sepang.

“Dalam pada itu, pangsapuri ini turut menerima Pemilikan Kosong Hak Milik Strata Yang Belum Dikeluarkan (Vacant Possession Without Strata Title) iaitu pada 1 Oktober.

“Pangsapuri ini berkeluasan 900 kaki persegi bagi setiap unit yang meliputi 3 bilik, 2 bilik air dan 2 petak tempat letak kereta yang dijual pada harga RM190,000.00 seunit.

“Sehingga kini, sebanyak 46 unit pangsapuri telah dijual dan hanya berbaki satu unit sahaja lagi manakala 40 unit kunci telah diserahkan kepada pembeli,” katanya.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah persekutuan (SKM WP), Encik Jaafar Ahmad, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Encik Mohd Hafiz Hassan dan Pengarah Urusan Mainstay Development Sdn. Bhd. (Mainstay), Mr. Teo Swee Phin.

Sekadar info, Sekatarakyat berada di kedudukan ke-6 dalam senarai Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada tahun lalu. – SM

(Visited 1,215 times, 4 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button