Belang Bertempat

Akibat kahwin paksa, pergeseran sesama PH/BN makin ketara

Tiada kerusi UMNO yang putih

SAYA menjangkakan kerajaan Barisan Harapan iaitu gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional akan duduk bersama dan mengumumkan senarai calon pilihan raya negeri di enam buah negeri.

Bagaimanapun ia tidak berlaku. Sebaliknya parti-parti gabungan mengumumkan kerusi masing-masing dan akhirnya berlaku pertindihan yang mencetus pertelagahan.

Itu belum masuk tempoh berkempen pergeseran dan percakaran telah berlaku. Sikap UMNO yang mahu mengangkat diri sendiri sebagai abang besar lantaran sudah banyak muka diberi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada mereka.

Kerusi Lenggeng di Negeri Sembilan yang merupakan kerusi milik Amanah dirampas begitu sahaja sehingga menyebabkan kepimpinan parti berkenaan melahirkan rasa tidak puas hati.

Begitu kerusi Dusun Tua dirampas oleh UMNO sedangkan kerusi itu adalah milik DAP. Jika mengikut sifir mudah siapa penyandang dialah tuan rumah, mungkin menyebabkan UMNO hilang banyak kerusi.

Nampaknya situasi gabungan kerajaan perpaduan ini hanya tenang di atas, tetapi di bawah bergelora. Jadi tidak hairanlah setakat ini semua kerusi masih kelabu atau hitam. Bermakna tiada kerusi putih buat UMNO di enam buah negeri.

 

(Visited 714 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button