Luar Negara

Makan McDonald’s Di China Sambil Kayuh Basikal jadi Tarikan Baharu Yang Pelik

Rangkaian restoran McDonald’s di China kini menggantikan kerusi dengan basikal bagi menggalakkan pengguna bersenam, kongsi Oddity Central.

Menurut laman itu, basikal diperbuat daripada plastik kitar semula itu bukan sahaja untuk membantu pelanggan membakar kalori, malah ia boleh menjana elektrik untuk mengecas telefon pintar.

Memetik kenyataan McDonald’s China, setakat ini terdapat 10 “Green Charging Bikes” di dua restoran mereka masing-masing di Guangdong dan Shanghai.

“Basikal itu menghasilkan elektrik untuk membekalkan kuasa bagi peranti harian seperti telefon. Ia adalah sebahagian daripada projek “Kitar Semula Untuk Kebaikan”,” ujar syarikat tersebut.

Inisiatif itu dipercayai bagi menggalakkan budaya sihat semasa pelanggan menikmati hidangan kegemaran di restoran berkenaan.


(Visited 99 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button