Hiburan

‘Mak cik petir’ dah meninggal dunia

PELAKON, Norhayati Taib atau lebih dikenali sebagai ‘Mak cik Petir’ telah menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi.

Pemergian arwah disahkan oleh anaknya sendiri, Faizul Hafiz Hashim menerusi akaun Facebook miliknya.

“Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan MAMA saya (Hajah Noryati Bte Taib) telah meninggal dunia pada 1.45pagi sbntar tadi.

“Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yg beriman. Al-Fatihah,” tulisnya.

Pada tahun 2017, Noryati pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.

Malah, pada Februari lalu, arwah juga pernah disahkan positif Covid-19. -SM

(Visited 1,079 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button