Rencah Hidup

Pasak, RMC raikan anak-anak yatim

OLEH ROHANA MAN

SETIAP kali Ramadan, pastinya golongan kurang bernasib baik seperti anak yatim, asnaf dan pelajar miskin mendapat manfaat berlipat kali ganda berbanding bulan biasa.

Ini kerana sepanjang Ramadan, banyak pihak tampil menganjurkan majlis berbuka puasa untuk golongan tersebut.

Ia dilakukan bagi berkongsi rezeki dengan mereka yang mungkin hanya dapat menikmati hidangan bertaraf hotel setahun sekali.

SEBAHAGIAN anak yatim dan asnaf yang hadir.

Inilah yang dilakukan dua buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Amal Santuni Kasih (Pasak) dan Reappear Motorcycles Club (RMC) yang berganding bahu menyantuni anak yatim dan asnaf dalam satu majlis berbuka puasa di sini, malam tadi.

Program Iftar Kasih Ramadan Bersama Anak-anak Yatim/Asnaf 2024 ini merupakan program tahunan anjuran Pasak dan RMC sejak empat tahun lalu.

Pengarah Program, Fadzlaini Ibrahim, berkata, program tersebut diadakan bagi meraikan anak yatim dan asnaf dari Kompleks Darul Kifayah, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves, Kuala Lumpur.

Menurutnya, ini antara usaha pihaknya menyantuni dan menggembirakan anak yatim serta asnaf berbuka puasa dengan sajian istimewa.

“Selain masakan kampung, kambing golek, sushi, aneka kuih dan kek serta minuman istimewa disajikan khas untuk mereka, pihak kami juga memberi duit raya kepada semua anak yatim dan asnaf yang hadir” katanya kepada Suara Merdeka di Zebra Square, malam tadi.

Seramai 47 anak yatim dan asnaf yang hadir turut berpeluang menyertai acara cabutan nombor bertuah.

Turut hadir Pengasas Pasak, Azahar Ngah dan Pengerusi RMC, Yasir.

Selain itu, program turut meriah dengan kehadiran ahli Pasak dan RMC yang aktif melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarelawan membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Dalam pada itu, Fadzlaini mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja bersama iaitu Sembang@Matic, Kawalan Keselamatan Sentral, Madinah Grocer dan ALFO yang turut menyumbang dalam menjayakan program ini.

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button