JenayahLuar Negara

Mak Ayah Tak Peduli Pasal Hibah Punca Anak-Anak Bergaduh Pasal Rebut Wasiat!

Cerita anak-anak bergaduh tentang berebut wasiat bukanlah satu kisah baharu dalam masyarakat.

Sudah pun ada penyelesaiannya menerusi hibah namun berapa ramai generasi kita cakna hal ini?

Masing-masing lebih gemar buat keras kepala dan anggap diri kebal dan selamat daripada kematian.

Meskipun mati itu adalah pasti namun keturunan yang bernyawa perlu meneruskan kelangsungan hidup.

Siapa keturuan yang bernyawa itu? Jika pasangan memiliki anak-anak, itulah keturunan kita yang dikurniakan.


Adalah harus untuk ibu bapa tidak meninggalkan anak-anak terkontang-kanting selepas meninggal dunia.

Jika tahu wasiat mungkin tidak begitu mencukupi, hibah pasti boleh jadi pengganti yang lebih sistematik.

Ini tidak.. sampaikan ke pengurus stesen TV mahu penerbit drama buat cerita anak-anak yatim yang susah.

Bukannya mahu mendidik bahawa anak-anak yatim tidak perlu susah jika memiliki ibu bapa yang bijak.

Bijak mengetahui hibah merupakan satu simpanan waktu kecemasan dan bantuan untuk survival anak-anak.

(Visited 53 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button