NasionalNegeri

Raja Muda Perlis lawat Batu Sempadan antara Kedah, Pulau Pinang

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melawat Batu Sempadan bersejarah antara Kedah dan Pulau Pinang yang terletak di Kampung Ekor Kucing, Pinang Tunggal, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Keberangkatan Baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Lestari Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Normaira Abdul Rahmah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar sebelum program kayuhan amal “MCCC Ride with HRH The Crown Prince Of Perlis’ anjuran MCCC Kedah dan Perlis dengan kerjasama OSK Property Wilayah Utara yang bermula dan berakhir di Yarra Park Show Village, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani.

Normaira telah mempersembahkan taklimat mengenai sejarah batu sempadan ini.

Batu ini telah membahagikan persempadanan antara Kedah atau dikenali sebagai Saiburi semasa di bawah kuasa pemerintahan Siam manakala Pulau Pinang pula bernaung di bawah British.

Sehingga kini batu ini kekal sebagai persempadan antara Kedah dengan Pulau Pinang.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar bersama kira-kira 80 peserta dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang termasuk beberapa peserta dari Jerman dan Belanda pada program kayuhan amal “MCCC Ride with HRH The Crown Prince Of Perlis’ anjuran MCCC Kedah dan Perlis dengan kerjasama OSK Property Wilayah Utara.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra buat julung kali berkenan menyertai program kayuhan amal “MCCC Ride with HRH The Crown Prince Of Perlis’ anjuran Malaysia-China Chamber of Commerce (MCCC) Kedah dan Perlis dengan kerjasama OSK Property Wilayah Utara.

Kayuhan amal ini bermula dan berakhir di Yarra Park Show Village, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengetuai kayuhan amal “MCCC Ride with HRH The Crown Prince Of Perlis’ anjuran MCCC Kedah dan Perlis dengan kerjasama OSK Property Wilayah Utara yang turut melalui sungai di sepanjang perjalanan sejauh 35 kilometer.

Baginda juga diiringi Pengerusi MCCC Kedah dan Perlis, Tan Ah Kiang, Konsul Jeneral Thailand di Pulau Pinang, Raschada Jiwalai, Ketua Pengurusan Cawangan Wilayah Utara OSK Property, Paul Tan Kok Poh, Pengarah Urusan Kumpulan Irama Jaya, Ooi Enn Hee serta Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kayuhan MCCC, Regent Wong.

MCCC merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang telah ditubuhkan pada tahun 1990 untuk menggalakkan kerjasama dan pembangunan dalam perdagangan, pelaburan dan bidang perindustrian serta komersuak antara Malaysia dan China dan mempunyai cawangan di 9 buah negeri.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama penerima sumbangan Jalinan Kasih di Kampung Serukam, Sungai Petani.

OSK Property pula merupakan gabungan OSK Property Holdings (OSKP) dan PJ Development Holdings (PJD) yang telah membangunkan projek kediaman, perbandaran dan komersial di seluruh Malaysia.

Kayuhan sejauh 35 kilometer itu turut melibatkan persinggahan bagi membolehkan MCCC menyampaikan sumbangan Jalinan Kasih berupa 25 kampit beras kepada golongan susah di Kampung Serukam, Sungai Petani.

Kayuhan kali ini disertai kira-kira 80 peserta dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang termasuk beberapa peserta dari Jerman dan Belanda yang merentasi sungai, sawah, ladang kelapa sawit, laluan kampung yang dipenuhi dengan pemandangan yang indah. – SM

BACA “Clay Art” pelajar istimewa SK Kuala Perlis rentasi sempadan

BACA Pas sempadan: Kaunter JIM Perlis di UTC diserbu hari ini

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button