Politik

Jika tidak betul surat perjanjian PM-Muhyiddin, sila jelaskan-Isham Jalil

AHLI Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) Isham Jalil berkata, ramai bertanya kepada beliau berkenaan isu perjanjian jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Presiden parti Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah ditandatangani oleh beberapa pemimpin kerajaan, sama ada MKT UMNO tahu atau tidak berkenaan perjanjian ini semasa perjanjian ini ditandatangani.

“Jawapan saya ialah saya tidak boleh komen sebab saya tidak tahu tentang perjanjian ini dan saya tidak berada dalam MKT semasa ia ditandatangani,” kata Isham.

Isham berkata, beliau ada bertanya kepada beberapa rakan ahli MKT.

“Mereka pun kata mereka tidak tahu menahu akan perjanjian ini.

“Mungkin Tan Sri Annuar Musa boleh komen sama ada ia betul atau tidak sebab pemimpin-pemimpin PPBM ada menyebut nama beliau dan surat perjanjian yang tular itu ada tandatangan beliau.

“Jika betul, saya ingin bertanya, beliau ada bertanya parti dan MKT kah semasa beliau tandatangan perjanjian itu?,” soal Isham.

Ujar Isham lagi, sebab perjanjian seperti ini adalah bukan perkara kecil dan ia bukan sahaja melibatkan ahli-ahli Parlimen dalam kerajaan.

“Ia juga memberi kesan besar kepada parti-parti politik dalam kerajaan termasuk dan lebih-lebih lagi UMNO.

“Jika surat itu tidak betul, sila perjelaskan atau nafikan supaya ia tidak menjadi polemik di dalam parti. Akar umbi dan rakyat ingin tahu. Ini bukan isu yang boleh disorok di bawah karpet,” kata Isham menerusi catatan di akaun Facebook milik beliau. – SM

(Visited 265 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button