HiburanUncategorized

Farid Kamil tarik balik tuduhan Diana Daniella ada orang ketiga

PELAKON yang mencipta kontroversi dalam rumah tangganya, Farid Kamil menarik semula kenyataannya yang mendakwa ada orang ketiga berhubungan dengan Diana Daniella dalam kehidupan mereka sebelum ini.

Menerusi Instagram Farid Kamil
Kenyataan dari Farid Kamil

Permohonan maaf secara terbuka menerusi Instragram story (IG Story) oleh Farid itu bukan sahaja dibuat kepada isterinya tetapi juga ditujukan kepada ibu mertuanya, Norsiah Ramli.

“Saya menarik balik kenyataan saya mengenai soalan daripada wartawan berkaitan pihak ketiga.

“Saya dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka kepada ibu mertua saya, Puan Norsiah Ramli serta isteri, Diana Danielle di atas kenyataan saya pagi tadi.

“Sekali lagi di bulan Ramadan yang mulia ini saya mohon dimaafkan kekilafan yang terjadi,” tulis Farid dalam IG Storynya.

Farid juga mendedahkan, sudah lama tidak berhubung dan bertemu dengan ibu mentuanya selepas mendakwa Diana menghalau ibunya dari rumah dalam satu insiden pada tahun 2019.

Terdahulu prosiding sulh pertama sepatutnya diadakan Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, Diana dan Peguamnya
tidak hadir dan mahkamah menetapkan 25 Mei depan bagi pasangan itu menjalani prosiding sulh kedua.

Semalam, Farid juga ada mengemukakan tawaran perdamaian kepada Diana bernilai RM319,700 antaranya termasuk bayaran balik tiket umrah, sebuah kereta Toyota Vellfire, barangan kemas dan nafkah dari Mac hingga Jun 2023.

Pada 20 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam dengan alasan tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama Farid sebagai suami isteri.

Farid bagaimanapun enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8 tahun. – SM

ARTIKLE BERKAITAN :>

Farid Kamil pujuk Diana Daniella dengan material

Farid Kamil minta buang bin, binti pada nama anak-anak-Diana Danille

(Visited 343 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button