Politik

Duduk dalam UMNO, undi Perikatan Nasional – Annuar Musa

Tan Sri Annuar Musa menyeru seluruh umat Islam mengundi Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya enam buah negeri yang bakal berlangsung pada 12 Ogos depan.

Bekas pemimpin UMNO yang kini menyertai Pas itu turut meminta ahli UMNO membantu PN melakukan reset memperbetulkan politik negara ini.

Annuar yang juga Pengerusi Muafakat Nasional (MN) menyatakan kerajaan yang ada pada masa ini bukan kerajaan perpaduan, tetapi sebuah kerajaan konspirasi yang meminggirkan pihak mendapat majoriti sokongan daripada membentuk kerajaan.

Oleh itu pilihan raya negeri kali ini perlu dijadikan referundum rakyat untuk terus membantah terhadap kerajaan yang gagal menguruskan negara ini, kata Annuar ketika berkempen di Sik, Kedah malam ini.

Menurut beliau, kerajaan yang ada kini perlu dijatuhkan sebelum lebih banyak kerosakan dilakukan.

”Orang kalau diberi kuasa sehari sekalipun sudah banyak kerosakan dapat dilakukan, apatah lagi untuk tempoh lima tahun,” ujar beliau.

Justerus, kata Annuar, kerajaan ini perlu diturunkan dengan kuasa yang ada di tangan rakyat.

Orang Melayu dan Islam, gesa beliau, agar bersatu mengundi PN tidak kira berada di dalam mana parti sekalipun.

Kata beliau, jika bangsa lain boleh berada di dalam MCA, tetapi mengundi DAP, kini tiba masa Orang Melayu menunjukkan kuasa sebagai rakyat majoriti dengan bersatu mengundi PN.

Annuar juga mengingatkan bahayanya parti-parti yang mempunyai dokongan dari luar untuk menjajah pemikiran masyarakat bagi menerima fahaman liberal, sosialis dan juga komunis yang mungkin ada.

Tambah beliau sikap peduli masyarakat dengan politik ada dituntut oleh Islam dan ia juga harus diterjemahkan di dalam bentuk undi kelak.

(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button