Nasional

Majlis Presiden PH akan beri tekanan kepada Dr. Mahathir?

SELEPAS khabar angin mengenai penubuhan Pakatan Nasional tidak menjadi kenyataan, minggu ini muncul satu lagi perkhabaran.

Khabar minggu ini ialah Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bakal memberikan tekanan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Menurut lapoan akhbar New Straits Times, sesuatu yang besar akan berlaku minggu depan.

Menurut New Straits Times, perkara itu diberitahu oleh sumber dalam PH kepada mereka.

Majlis Presiden PH dijangka akan bermesyuarat pada hari Khamis atau Jumaat minggu depan.

Antara agendanya ialah untuk memberikan tekanan kepada Dr. Mahathir supaya melepaskan jawatan  pada Mei dan menyerahkannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber itu juga memberitahu supaya bersedia menunggu pengumuman oleh Dr. Mahathir pada awal minggu depan.

Menurut New Straits Times, ada tiga senario yang mungkin berlaku.

Yang pertama, Dr. Mahathir akan umum sejumlah besar ahli parlimen pembangkang menyertai PH. Dan ahli parlimen ini akan menyokong Dr. Mahathir untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Senario kedua ialah Dr. Mahathir mengumumkan rombakan Kabiner besar-besaran.

Senario ketiga ialah melantik seorang lagi Timbalan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin Bersatu.

Berdasarkan sumber yang memberitahu New Straits Times itu, semua kemungkinan itu boleh berlaku termasuk melantik seorang lagi timbalan perdana menteri.

Mengenai rombakan Kabinet, sebelum ini ada dinyatakan bahawa ia tidak akan berlaku sehingga pemilihan Bersatu selesai.

 

 

(Visited 73 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button