Sukan

Yang di-Pertuan Agong rasmikan Kejohanan Karate Asia ke-19

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Kejohanan Karate Asia ke-19 dan Kejohanan Karate Para ke-2 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, disini hari ini.

Seri Paduka, yang tiba pada pukul 4.28 petang, diiringi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalannya Adam Adli Abd. Halim.

Hadir sama Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Presiden Persekutuan Karate Sedunia (WKF), Antonio Espinos; Presiden Persekutuan Karate Asia (AKF), Mej. Jen. Nasser Alrazooqi dan Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad.

Seri Paduka, ketika merasmikan kejohanan tersebut bertitah mengucapkan syabas dan tahniah kepada penganjur.

“Saya kagum dengan persiapan, tahniah dan syabas kepada penganjur Persatuan Karate Malaysia, saya berdoa supaya ahli karate Malaysia akan berjaya dan saya harap orang Melaka akan terus bagi sokongan kepada atlet karate Malaysia,” titah Seri Paduka.

Sebagai simbolik upacara perasmian, Al-Sultan Abdullah memukul gendang sebanyak enam kali sebagai gimik tanda perasmian.

Sejurus selepas itu Seri Paduka turut berkenaan menyaksikan perlawanan akhir acara Kata Wanita.

Seramai 388 atlet daripada 32 negara termasuk penyandang juara keseluruhan di Uzbekistan tahun lalu, Jepun bersaing pada Kejohanan Karate Asia ke-19 itu yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga Ahad.

Kejohanan Para Karate Asia Edisi kedua juga akan berlangsung serentak sempena Kejohanan Karate Asia itu. – SM

(Visited 32 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button