Rencah Hidup

SJPS menang emas bawa lagu ‘Ikan Kekek’ di Festival Choral Busan

SATU pencapaian yang membanggakan Rakyat Malaysia apabila Kelab Koir Sekolah Menengah Swasta St Joseph (SJPS), Kuching telah memenangi pingat emas di Pertandingan dan Festival Choral Busan Kategori Belia pada 23 Oktober lalu.

Kumpulan St Joseph Private School Chamber Choir merupakan satu-satunya wakil Malaysia dan telah memukau juri dengan persembahan lagu rakyat tradisional Melayu ‘Ikan Kekek’.

Selain itu, kumpulan tersebut juga memakai batik dan kain pelikat semasa membuat persembahan secara maya.

Pada pertandingan tersebut, mereka telah menewaskan tiga peserta iaitu dua dari Indonesia dan satu dari Korea Selatan.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Facebook, SJPS telah menzahirkan ucapan tahniah kepada pelajar, guru dan semua yang terlibat dalam pertandingan tersebut atas kemenangan mereka.

St Joseph Private School Chamber Choir telah ditubuhkan pada 2017 dan telah mengadakan drama muzikal The White Rajah of Sarawak pada 2017 dan 2019 di Kuching.

Mereka pernah mendapat pingat perak di 11th Orientale Concentus International Choral Festival di Singapura, 2018 dan pingat emas di 2nd World Virtual Choir Festival di Bandung, 2020.

Pada tahun ini, mereka telah memenanggi Gold B Award di acara Malaysian Choral Eisteddfod (MCE) National Virtual Choir and Vozal Festival 2021. -SM

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button