Mahkamah

Majlis Peguam 2021/2022: Majoriti calon dari Lembah Klang

SERAMAI 27 calon kebanyakannya dari Lembah Klang akan bertanding merebut 12 jawatan dalam Majlis Peguam 2021/2022.

Pekeliling yang disiarkan di laman web Majlis Peguam petang semalam menyatakan, calon terbabit akan dipilih 20,000 peguam dalam proses mengundi selama sebulan.

Tahun lalu, terdapat 35 calon bertanding, tertinggi sejak 2009 dan pengundi memilih 12 calon dari dua kem pembangkang untuk menguruskan Majlis Peguam bagi sesi 2020/2021.

Penyandangnya, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, setakat ini, calon berkempen secara individu.

Menurut pekeliling tersebut, ahli perlu menerima kertas undi melalui pos sekitar 9 November ini dan boleh memilih maksimum 12 calon.

Kertas undi akan dihantar kepada pengawas pilihan raya pada 1 Disember dan keputusan diumumkan pada hari sama.

Penggal bagi 38 ahli Majlis Peguam sekarang akan tamat pada Mesyuarat Agung Tahunan berikutnya yang dijadualkan berlangsung pada 13 Mac tahun depan.

Majlis baharu itu akan dianggotai 12 ahli dipilih serta bekas penyandang jawatan presiden dan naib presiden, pengerusi bagi 12 jawatankuasa Majlis Peguam negeri dan wakil 12 Majlis Peguam negeri.

Mereka akan mengadakan mesyuarat sejurus selepas Mesyuarat Agung Tahunan untuk melantik seorang presiden, naib presiden, setiausaha dan bendahari dalam kalangan mereka. – SM

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button