NasionalNegeriPendidikan

EUROINVENT: UniMAP ungguli 100 peratus pingat

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus melakar kejayaan apabila menggungguli 100 peratus pingat pada Pameran Inovasi Antarabangsa European Fair of Creativity and Innovation (EUROINVENT) 2023 di lasi, Romania.

Kumpulan pelajar ini membawa pulang enam pingat emas dan empat pingat perak dengan dua daripada mereka, Muhammad Amirul Aiman A. Ramlee dan R. Reshikesan meraih Anugerah Khas bagi produk inovasi bertajuk Green Lead-free Sn-Cu Transient Liquid Phase Die-bonds for Future High Power Electronic Devices serta Geopolymer Crumb Rubber.

Kejayaan pelajar UniMAP apabila memperoleh 100 peratus sumbangan pingat pada EUROINVENT 2023 di Iasi, Romania.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Ts Dr Zaliman Sauli berkata, penyertaan pelajar UniMAP dalam pertandingan inovasi itu adalah sempena program UniMAP Global Outreach (UniGO) 3.0 iaitu program mobiliti pelajar antarabangsa ke Gheorghe Asachi Technical University of Iasi, Romania mulai 10 hingga 14 Mei lalu.

Beliau berkata, mobiliti antarabangsa ini dapat memberi pendedahan luas serta nilai tambah kepada pelajar UniMAP dalam pembelajaran, teknologi, serta budaya dari negara luar seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Program mobiliti antarabangsa UniGO siri ketiga UniMAP tahun 2023 yang melibatkan pelajar ini telah dianjurkan oleh Pusat Pembangunan dan Perkhidmatan Pelajar (P3P) yang melibatkan penyertaan 10 pelajar UniMAP serta tiga pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain pelajar, empat pensyarah UniMAP juga telah menyertai pertandingan penyelidikan dan inovasi ini yang juga telah memenangi tiga pingat emas dan satu perak.

Seorang penyelidik, Dr Romisuhani Ahmad telah memenangi Anugerah Khas dari Politechnica University Timisoara, Romania bagi produk penyelidikan bertajuk Low Sintering Temperature Geo-Ceramics manakala Dekan Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Kimia (FKTK) Prof. Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah pula berjaya memperoleh anugerah Excellence Award dari Mihai Chirica, Datuk Bandar Iasi Romania bagi mengiktiraf sumbangan beliau dalam inovasi di Iasi, Romania sempena Majlis Penutup EUROINVENT 2023.

Pertandingan EUROINVENT 2023 berkenaan dianjurkan oleh gabungan Romanion Inventors Forum, Europe Direct Iasi, Gheorghe Asachi Technical University of Iasi dan Alexandru Ion Cuza University of Iasi itu melibatkan lebih daripada 700 penyertaan dari lebih 30 buah negara antaranya dari Romania, USA, UAE, Jerman, Taiwan, China Korea, Kanada, Arab Saudi, United Kingdom dan Poland. – SM

BACA UniMAP laksana USR dengan Program Hepta-Heliks@KRT

BACA Penerbit UniMAP keluarkan 1, 526 artikel jurnal

(Visited 267 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button