Nasional

Majikan perlu bayar elaun pelatih industri mengikut budi bicara -MEF

CADANGAN untuk mewajibkan pembayaran elaun kepada pelajar yang menjalani latihan industri di sektor swasta akan menghalang majikan daripada menawarkan tempat untuk latihan, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata daripada memaksa majikan membayar elaun latihan amali, kerajaan perlu mempertimbangkan untuk memberi lebih banyak insentif kepada majikan untuk mengambil lebih ramai pelatih dan mewajibkan semua pelajar menjalani latihan amali.

Beliau berkata latihan amali adalah peluang kepada pelajar atau graduan baharu untuk menimba pengalaman industri yang berharga yang akan membantu mereka sebelum melangkah ke alam bekerjaan.

“MEF berpandangan bahawa majikan perlu membayar elaun latihan mengikut budi bicara mereka. Adalah dinasihatkan majikan yang mengambil pelatih untuk mengambil kira kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh pelatih dan membayar sedikit elaun kepada mereka.

“Kenyataan umum bahawa industri tidak memberi elaun kepada pelatih adalah tidak adil kepada majikan,” katanya.

Pada masa ini, syarikat swasta yang mengambil pelatih untuk menjalani latihan industri membayar elaun mengikut budi bicara mereka, dengan purata elaun di bandar besar untuk pelatih adalah kira-kira RM1,200, tetapi ada yang dibayar kurang daripada RM1,000 sebulan. -SM

 

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button