Nasional

Majikan, pekerja tak boleh ingkar SOP ditetapkan

SYARIKAT atau majikan mendapati kakitangannya positif Covid-19 perlu mengarahkan pekerja lain yang mempunyai kontak rapat menjalani kuarantin 14 hari.

Pengurus atau penyelia perlu mengambil tanggungjawab melindungi kakitangan yang lain daripada dijangkiti wabak Koronavirus (Covid-19).

Termasuklah menutup premis sementara dalam masa beberapa hari dengan melakukan kerja-kerja santiasi atau nyah kuman.

Malah, jika mereka enggan berbuat demikian pun, ia akan merugikan syarikat itu sendiri apabila kesemua kakitangan kelak terpaksa menjalani kuarantin sehingga menyebabkan operasi dihentikan.

Syarikat juga tiada pilihan lain dan perlu mematuhi prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Jika terdapat kakitangan yang positif Covid-19, syarikat akan ditutup untuk sementara waktu bagi menjalankan sanitasi.

“Itu adalah yang pertama kita harus lakukan kerana kita tidak boleh ambil risiko membenarkan syarikat terus beroperasi dan pekerja-pekerja lain mungkin akan kena infeksi Covid-19.

“Pekerja-pekerja lain yang mempunyai kontak rapat dengan mereka didapati positif Covid-19 itu hendaklah menjalani saringan dengan segera dan mereka tidak boleh datang bekerja, kena kuarantin 14 hari di rumah.

BACA: Majikan degil, paksa kontak rapat masuk kerja?

“Sehinggalah keputusan ujian saringan itu diketahui.

“Juga, pekerja lain yang berada di kawasan berdekatan dengan positif Covid-19 itu harus menjalani swab test.

“Itu penting kerana, kita tidak mahu berlaku jangkitan yang boleh merebak kepada kakitangan lain ataupun ahli keluarga mereka.

“Biasa kita akan ikut SOP KKM 14 hari kerana tanda-tanda Covid-19 itu boleh timbul dalam masa tersebut.”

Demikian kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan Suara Merdeka sebelum ini mengenai kewujudan majikan yang memaksa kakitangan kontak rapat kepada rakan sekerja positif Covid-19 untuk datang bekerja.

Menerusi aduan yang diterima, majikan terbabit turut mendakwa mendapat nasihat daripada pihak KKM untuk memaksa pekerja bekerja seperti biasa.

Risiko cetus kluster atau gelombang baharu

Oleh demikian, Shamsuddin menambah, kegagalan syarikat mematuhi SOP ditetapkan berisiko menyebabkan cetusan kluster dan gelombang baharu.

“Jadi sebab itu kita harus patuhi SOP berkenaan dan tentulah kalau majikan kurang pasti lebih elok dapatkan nasihat daripada KKM.

“Apakah sebenarnya yang harus dilakukan oleh syarikat berkenaan?

“Kita kena ikut apakah SOP berkenaan dan kita hendaklah mendapatkan kepastian daripada pihak berkuasa bukannya daripada individu tertentu begitu sahaja,” jelasnya.

Denda, kompaun bebankan syarikat

Dalam pada itu, Shamsuddin juga menyatakan tidak setuju jika kerajaan mengenakan sebarang denda atau kompaun kepada syarikat yang ingkar SOP.

Menurutnya, mungkin wujud situasi syarikat tidak menyedari tindakannya itu menyebabkan berlaku pelanggaran SOP dan sekarang adalah waktu sukar kepada semua orang sekiranya didenda dan sebagainya.

BACA: Majikan tidak berhak tentukan siapa kontak rapat kecuali KKM

“Saya percaya ada juga majikan yang bukanlah ingkar tetapi mereka melalukan sesuatu tanpa sedar bahawa mereka tidak ikuti SOP.

“Saya lebih berasakan dalam keadaan agak mencabar ini, mengenakan denda atau penalti itu bukanlah satu cara yang baik.

“Kerana ia akan menambah beban kepada majikan, tetapi saya lebih memikirkan bahawa kerajaan hendaklah memberikan penerangan yang lebih dan membimbing majikan dan pekerja.

“Bagaimanapun mereka harus mematuhi SOP berkenaan, dan saya juga tidak begitu bersetuju dengan penggunaan denda ataupun kompaun yang serta merta, itu tidak akan menyelesaikan masalah.

“Tempoh inkubasi Covid-19 adalah panjang dan begitu lama, mungkin keputusan ujian saringan pertama itu agak misleading,” ujarnya. – SM

(Visited 450 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button