Nasionalpilihan

Majikan ditahan kerana rakam pekerja wanita di dalam tandas

SEORANG lelaki yang berusia 46 tahun ditahan kerana disyaki merakam pekerjanya, wanita berusia 30 tahun di dalam tandas di sebuah klinik di Petaling Jaya pada petang semalam.

Mangsa merupakan pembantu klinik di sebuah klinik swasta dan masuk ke tandas kira-kira pukul 2 petang sebelum ternampak sebuah telefon bimbit yang berada di kedudukan tinggi dalam keadaan kamera terbuka.

Mangsa kemudian telah mengambil dan mengetahui yang telefon itu adalah milik majikannya.

Malu dan terganggu dengan kejadian tersebut, mangsa kemudian terus mencapai beg tangannya untuk keluar dari klinik sebelum ditahan oleh suspek.

Suspek kemudian meminta telefon bimbitnya dan berjanji yang dia akan memadam rakaman tersebut di hadapan mangsa.

Mangsa akur untuk mengembalikan telefon bimbit itu namun tidak nampak apa video yang dipadamkan oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya kemudian telah menahan mangsa kira-kira pukul 7.30 malam pada hari sama.

“Kita juga telah merampas sebuah telefon bimbit jenis Redmi MI 9T Pro milik suspek untuk membantu siasatan,” katanya.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 509/377D Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button