Nasional

Majikan degil, paksa kontak rapat masuk kerja?

SEBUAH syarikat di Damansara, Kuala Lumpur didakwa enggan bekerjasama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pengawalan wabak Koronavirus (Covid-19).

Sebaliknya, menggesa kakitangan mempunyai kontak rapat dengan rakan sekerja lain yang dikenal pasti positif Covid-19 untuk bekerja seperti biasa.

Sedangkan, kakitangan terbabit merupakan kontak rapat dan perlu menjalani kuarantin 14 hari bagi memastikan mereka bebas jangkitan wabak.

Majikan terbabit dilaporkan mempunyai beberapa pekerja yang dikenalpasti positif Covid-19 dan sedang mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun, majikan itu didakwa enggan mengeluarkan arahan atau perintah rasmi kepada pekerja yang merupakan kontak rapat untuk menjalani kurantin kendiri.

Sebaliknya sekadar mengeluarkan arahan melalui pesanan dalam aplikasi Whatsapp kepada kontak rapat untuk pulang ke rumah.

Namun,mereka kemudian diminta untuk bersedia dipanggil kembali ke pejabat pada bila-bila masa berbanding perintah kuarantin yang sepatutnya mereka jalani selama 14 hari.

Lebih teruk lagi, penentuan kontak rapat dibuat kepada pekerja tertentu oleh majikan terbabit, sedangkan semua kesemua mereka kira-kira 30 orang berada dalam ruang pejabat yang sama.

BACA: Majikan tidak berhak tentukan siapa kontak rapat kecuali KKM

Berdasarkan maklumat yang diterima Suara Merdeka daripada pengadu, beberapa pekerja majikan terbabit dikenalpasti positif wabak pandemik itu sejak minggu lepas.

Kemudian, majikan mengambil inisiatif untuk membuat ujian saringan kepada semua pekerjanya baru-baru ini.

Susulan itu, lebih lima pekerja dikenal pasti positif Covid-19 lalu mengarahkan mereka yang lain pulang serta merta sebaik keputusan ujian diketahui.

Walau bagaimanapun, majikan tersebut kemudian mengarahkan pekerja lain yang dikategorikannya sendiri sebagai bukan kontak rapat untuk kembali bekerja seperti biasa pada keesokan hari.

BACA: Majikan, pekerja tak boleh ingkar SOP ditetapkan

Malah pengadu memberitahu, majikan mendakwa mendapat pandangan semua pihak termasuk Kementerian Kesihatan untuk membenarkan pekerja kembali bekerja.

Pengadu yang tidak berpuas hati dengan tindakan majikan yang merisikokan pekerja mereka memaklumkan aduan dibuat kepada KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – SM

(Visited 614 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button