Nasional

Kastam rampas kenderaan mewah tiada AP bernilai hampir RM2 juta

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah menyita sebuah kereta mewah jenis Land Rover Range Rover SV Auto yang tidak mempunyai permit import (AP) dianggarkan bernilai hampir RM2 juta di Kompleks MasKargo, Free Commercial Zone (FCZ), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Isnin lepas.
Memetik laporan BERNAMA, Penolong Ketua Pengarah Kastam (Zon Tengah Selangor) Norlela Ismail berkata kenderaan itu diperiksa pada kira-kira pukul 4 petang hasil insitiaf pegawai kastam di kompleks berkenaan, kerana dipercayai diimport tanpa AP daripada Kementerian Pelaburan Perdagangan Dan Industri (MITI).
Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta itu dipercayai dibawa dari negara Eropah.
“Nilai dagangan yang disita dianggarkan RM1,097,300 yang melibatkan jumlah duti atau cukai yang dianggarkan RM1,884,000,” katanya.
Nurlela berkata, kenderaan itu dibawa ke pejabat penguatkuasaan kastam KLIA untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1(a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport kenderaaan motor pasang siap tanpa permit. – SM
(Visited 13 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button