Nasional

Kontrak Pengerusi Felda Idris Jusoh ditamatkan lebih awal

BEKAS Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Idris Jusoh menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengerusi Felda berkuat kuasa 30 Jun ini, lebih awal dari tempoh kontrak.

Idris yang mengesahkan perkara itu di Facebook berkata, beliau menerima keputusan daripada Pejabat Perdana Menteri untuk mengundur diri daripada jawatan itu dan memberi laluan kepada pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik pengganti baharu.

TAN SRI IDRIS JUSOH

“Saya menerima keputusan dari Pejabat Perdana Menteri untuk mengundur diri dari jawatan Pengerusi Felda berkuat kuasa pada 30 Jun.

“Keputusan ini dibuat bagi memberi laluan kepada pimpinan negara melantik pengganti yang lebih sesuai,” katanya.

Idris yangjuga bekas Menteri Pendidikan Tinggi daripada UMNO itu dilantik sebagai Pengerusi Felda pada 1 Mei 2020.

Kemudian disambung kontrak selama dua tahun berkuat kuasa Mei 2022 oleh pentadbiran kerajaan di bawah bekas Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kontrak baharu Idris sepatutnya tamat pada Mei tahun depan.

Berikut adalah catatan Idris di Facebook beliau:

Saya telah menerima keputusan dari pejabat Perdana Menteri untuk mengundur diri dari jawatan PENGERUSI FELDA berkuatkuasa pada 30/06/2023. Keputusan ini dibuat bagi memberi laluan kepada pimpinan negara melantik pengganti yang lebih sesuai.
Saya mengucapkan terima kasih kpd YAB PM, DS Anwar Ibrahim yang telah memberi peluang kepada saya utk menjawat jawatan ini di bawah kepimpinan YAB.
Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kpd semua warga Peneroka, petugas2 di FELDA dan semua yang telah memberi kerjasama kpd saya semasa saya berkhidmat di FELDA
Saya doakan semoga FELDA akan sentiasa terus BERJAYA di dalam KEBERKATAN.
Terima Kasih
Idris Jusoh

– SM

 

 

(Visited 212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button