Bencana alam

MAIPs sumbang RM300,000 misi bantuan awal banjir

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah mengagihkan sumbangan sebanyak RM300,000 semenjak 19 Disember lalu bagi menjayakan misi bantuan kepada mangsa banjir melalui kerjasama strategik bersama Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang terlibat.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor berkata, bantuan berkenaan adalah sebahagian daripada peruntukan awal yang disalurkan melalui agensi dan NGO yang menjayakan pelbagai misi bersama MAIPs dalam terlibat membantu mangsa bencana banjir yang berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang.

“Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Yang DiPertua MAIPs telah berkenan untuk disalurkan sumbangan bagi membantu mereka yang sedang diuji sepantas mungkin dan Baginda berharap agar sedikit sumbangan ini dapat memberikan kekuatan dan semangat kepada mereka, selaras dengan hasrat solidariti agensi mengurus zakat di seluruh negara,” kata Mohd Nazim.

Selain melibatkan kerjasama dengan agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis dan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Negeri Perlis (PVAC) serta beberapa NGO yang dikenalpasti secara langsung dan tidak langsung, siri-siri misi bantuan MAIPs turut melibatkan agensi hal ehwal Islam seperti Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Tambah menarik, salah satu misi akan turut melibatkan penyertaan Mufti Negeri, Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

(Visited 551 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button