Berita

Siapa menteri buat kecoh nak selamatkan pelancong China?

KUALA LUMPUR: Tular di media sosial seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Dalam kejadian petang semalam itu, menteri terbabit didakwa masuk ke dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan dan dipercayai bertindak sedemikian bagi ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang tidak dibenarkan memasuki negara ini sebaik tiba di lapangan terbang berkenaan.

Memetik laporan Bebas News, menteri berkenaan ke KLIA apabila mendapat tahu mengenai kejadian itu dan memasuki ke dalam dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan.

Menurut Bebas News yang memetik sumber berkata, apabila tindakannya cuba dihalang, beliau menggunakan kuasa sebagai menteri termasuk memarahi Polis Bantuan KLIA dan pegawai imigresen.

Sementara itu, pihak Jabatan Imigresen yang dihubungi Berita Harian memaklumkan satu kenyataan berkaitan insiden itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Difahamkan, ia adalah kali ketiga menteri itu melakukan tindakan demikian membabitkan pelawat yang ditahan daripada memasuki negara.

(Visited 1,860 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button