Sukan

Dua pemain Sukma muncul pendahulu

Kejohanan Golf Amatur Melaka Ke-53

Dua pemain Sukan Malaysia (Sukma) berkongsi kedudukan sebagai pendahulu pada hari pertama Kejohanan Golf Amatur Melaka Ke-53 di Kelab Golf Tiara & Country di sini hari ini.

Syed Nor Ismail, 18, dari Johor dan pemain kelahiran Melaka, Wan Hasnul Daniel Wan Omar, 18, masing-masing dengan handikap 2 mencatat Par 72 pukulan mengatasi 33 pemain dalam kejohanan selama tiga hari itu.

Seorang lagi pemain remaja Hayden Hah Sieh Yang, 18, dari Johor dengan handikap 1 pula sekadar berada di tempat ketiga dengan catatan 73 pukulan.

Wan Hasnul Daniel berkata, dia akan cuba bermain baik pada hari kedua dan cuba mengelak daripada melakukan kesilapan apabila melakukan dua bogey dan satu bogey berganda pada aksi pertamanya hari ini.

“Saya bermain baik di sembilan lubang pertama lapangan Meadow apabila melakar empat birdie di lubang ketiga, lima, tujuh dan sembilan tetapi buat kesilapan di lapangan Woodland,” ujarnya.

Sementara itu seorang pemain remaja Raja Nor Aiman Sufi, 18, melakukan pukulan hole-in-one di lubang empat Par 3 lapangan Meadow.

Sementara itu bagi kategori wanita pula Pang Hee Jie dengan handikap 1 mencatat tiga bawah par 69 pukulan untuk muncul pendahulu pada hari pertama.

Mengekori rapat ialah Yan Yinuo handikap 1 selesa berada di tempat kedua apabila melakar catatan Par 72 pukulan berkongsi kedudukan bersama Charlayne Chong handikap 1.

Seramai 47 pemain membabitkan 33 pemain lelaki dan 14 pemain wanita bertanding dalam kejohanan anjuran Persatuan Golf Malaysia (MGA). – SM

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button