Hiburan

Siti Nordiana tuntut RM1 juta, isteri Lan Solo sedia beri kerjasama

Isteri kepada penyanyi Lan Solo iaitu Sheila Razlan menyatakan dia bersama empat individu lain sedia memberi kerjasama terhadap isu yang berlaku bersama Siti Nordiana.

Dalam satu penjelasan yang dimuat naik di Insta Story miliknya, Sheila menyatakan mereka juga ada hak untuk meminta penjelasan atas apa yang berlaku.

“Kami sedia beri kerjasama… kalau la nilai RM1 juta tu adalah bayaran sebuah persahabatan. Tapi kami juga ada hak & ruang untuk meminta penjelasan atas keadaan yang berlaku. Sebagaimana beliau ada hak untuk menggunakan khidmat guaman… kami juga ada hak dan ruang.

“Kalau dulu boleh je video call… dm… What’s App… Kenapa sekarang semua tu tak lagi boleh terjadi? Kalau dulu semua boleh dikongsi.. kenapa hari ni semua tak boleh? Dan kenapa tutup semua ruang perbincangan? Guna orang tengah untuk menyampaikan?” jelasnya.

Baru-baru ini Siti Nordiana meminta lima orang individu untuk memohon maaf serta menuntut RM200,000 setiap seorang setelah mendakwa dirinya difitnah.

Antara individu yang dimaksudkan adalah Lan Solo dan isterinya Sheila, Syura Badro, Aida G dan Sam Samin.

Menurut Sheila, menerusi sesi live yang dibuat juga dia ada memaklumkan untuk mengajak Siti Nordiana berjumpa setelah setahun usaha mereka gagal.

Ujarnya, sehingga kini dia dan empat individu lain masih lagi dipersalahkan kerana mendedahkan secara terang-terangan.

“Macam mana pulak perbuatan belakang-belakang sehingga menjejaskan maruah kami pula? Bab MAKAN terutamanya. Ya.. percayalah.. sehingga story ini ditulis kecaman masih akan tetap berpihak kepada kami…” ujarnya.

Pada masa sama, Sheila memaklumkan dia dan suami memaafkan semua kutukan dan kecaman yang dilemparkan terhadap mereka.

(Visited 976 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button