Nasional

Amir Izwan Raih Anugerah Tokoh Siswa UPSI 2021

Pelajar semester enam, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Amir Izwan Mat Hussain, 24, dinobatkan sebagai Anugerah Perdana Naib Canselor “Tokoh Siswa UPSI” di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Amir Izwan yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000 berserta piala, mengatasi lima lagi calon anugerah tertinggi peringkat kepimpinan badan pelajar pusat pengajian tersebut.
Anak sulung daripada empat adik beradik itu bersyukur dan menyifatkan anugerah tersebut hasil daripada sokongan keluarga dan rakan-rakan pengajian di kampus.

Amir Izwan (kanan) menerima Anugerah Perdana Naib Canselor Tokoh Siswa UPSI daripada Mohd Zabri Yusoff (tengah) diiringi Md Amin (kiri) ketika Majlis Anugerah Keterampilan Pelajar dan Penasihat Badan Pelajar UPSI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjong Malim.

“Seperti ibu dan ayah, saya juga menyimpan cita-cita mahu menjadi pendidik untuk menabur bakti di sekolah sekitar Kuala Krai tempat saya membesar suatu hari nanti.

“Bapa, Mat Hussain Mat Jusoh,guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong, Kuala Krai, yang juga guru penolong kanan sekolah, sekali gus banyak memupuk minat pengurusan, kepimpinan dan perguruan dalam diri saya,” ujarnya ketika ditemui selepas menerima anugerah kepimpinan tersebut.

Pemilik Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.70 itu pernah menerima tawaran pengajian dalam bidang penulisan kreatif di sebuah universiti awam namun memilih melanjutkan pengajian bersama UPSI.

Amir Izwan menerima anugerah yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha(Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff sempena Majlis Anugerah Keterampilan Pelajar dan Penasihat Badan Pelajar 2021 di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Datuk Ahmad Burak; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Datuk Dr. Norkhalid Salimin;
Mohd Zabri dalam ucapan perasmiannya berkata majlis seumpamanya memberi inspirasi suntikan semangat generasi muda sekarang untuk mencipta kecemerlang kepimpinan negara pada masa akan datang.

Mohd Zabri dan Md Amin bersama penerima anugerah bergambar kenangan di Dewan SITC selepas majlis penganugerahan.

“Menerusi kepimpinan di peringkat badan persatuan pelajar ataupun kolej, mampu mencungkil bakat kepimpinan mahasiswa untuk memacu organisasi dengan tanggungjawab yang lebih besar di peringkat masyarakat mahupun negara,”

“Universiti ini juga melahirkan ramai ramai tokoh kepimpinan pelajar dari kalangan mahasiswi sekaligus mengangkat martabat wanita dalam bidang kepimpinan,” jelasnya ketika ucapan perasmian Majlis Anugerah Keterampilan Pelajar dan Anugerah Penasihat Badan Pelajar UPSI berlangsung dengan meriah di Dewan SITC.

Sementara itu, Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, pengiktirafan ini amatlah perlu untuk menghargai sumbangan pemimpin badan pelajar yang telah bertungkus lumus menyumbang keringat, idea dan peranan dalam menaikkan nama UPSI di peringkat yang tertinggi.

“Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni sentiasa komited menyediakan platform untuk mahasiswa menonjolkan bakat kepimpinan supaya UPSI dapat mengulangi sejarah 2017 dengan mendominasi Anugerah Tokoh Siswa KPT kelak,” katanya.

Katanya, ini adalah manifestasi pihak pengurusan tertinggi UPSI untuk memastikan mahasiswa terlibat secara langsung dalam kepimpinan berorganisasi, sukarelawan, kesukanan, kesenian dan kebudayaan, khidmat masyarakat dan sumbangan kepada komuniti, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Md Amin berkata UPSI sentiasa komited menyediakan platform untuk memotivasi dan memberi penghargaan kepada keterlibatan mahasiswa untuk lebih aktif secara holistik demi untuk memperkukuh keinsanan ketika bergraduat kelak.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin berkata, UPSI dan JHEPA sentiasa berusaha sedaya upaya melahirkan generasi pemimpin mahasiswa yang berkaliber melalui penglibatan organisasi badan pelajar secara meluas dan seterusnya menjadi penanda aras untuk dicalonkan ke Anugerah Tokoh Siswa KPT.

Majlis itu juga menampilkan 41 anugerah yang menyaksikan Persatuan Mahasiswa Sains dinobatkan Badan Pelajar Terbaik serta mengangkat Dr. Nurulsaidah Abdul Rahim merangkul Penasihat Terbaik.

berlangsung dengan myang gilang gemilang ini menyaksikan 41 anugerah dipertandingkan dan telah menobatkan Saudara Amir Izwan Bin Mat Hussain selaku pemenang Anugerah Perdana Naib Canselor “Tokoh Siswa UPSI”, Persatuan Mahasiswa Sains selaku Badan Pelajar Terbaik dan Dr. Nurulsaidah Binti Abdul Rahim merangkul Penasihat Terbaik.

(Visited 584 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button