Agama

MAIPs rangka plan strategik untuk lestari hala tuju

DALAM melestarikan hala tuju agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), pihak Majlis telahpun menggariskan pelbagai inisiatif dalam ’Pelan Strategik MAIPs 2021-2025’.

Pelbagai perancangan disusun dalam mendepani cabaran semasa dan pada masa yang sama meneruskan lagi agenda pengurusan hal ehwal Islam supaya menjadi lebih cemerlang.

MAIPs juga telah menyediakan ’Pelan Agihan Holistik MAIPs 2.0’ serta telah juga menyiapkan ’Pelan Tindakan Agihan Holistik MAIPs 2.0’ yang melibatkan beberapa kluster seperti Sosio Ekonomi Asnaf, Pendidikan, Dakwah, Penempatan, Kesihatan dan Pembangunan Amil.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat MAIPs bernilai RM700 secara tunai, beras serta bekalan makanan mentah kepada asnaf-asnaf terpilih kepada asnaf Rosnida Daud 52 tahun, Ramli Mat Isa 78 tahun dan Adnan Baharom 68 tahun di rumah mereka di sekitar Simpang Empat, Perlis sempena program ‘MAIPs Peduli’ baru-baru ini.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut mengajak semua supaya marilah kita sama-sama berdoa dan mengambil keberkatan pada bulan Ramadan Kareem yang mulia ini agar kita terus diberikan kesihatan, kesungguhan, limpahan rezeki dan berusaha dalam membangunkan lagi ekonomi dan kesejahteraan Ummah. – SM

Langgani saluran Telegram Suara Merdeka untuk berita terkini.

(Visited 386 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button