Berita

MAIPs rancang projek berimpak di Perlis

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sedang merancang dan melaksanakan beberapa projek berimpak di negeri Perlis.

Selain projek pembangunan Kampus Tetap Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Sungai Chuchoh, MAIPs juga turut memberi tumpuan kepada projek pembinaan Kompleks Pengurusan dan Asnaf MAIPs.

Sehubungan dengan itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs, menggesa semua pihak terlibat agar memberikan fokus penuh bagi menjayakan dan melancarkan proses pembangunan tersebut.

“Selain itu, MAIPs turut merancang beberapa projek fizikal dan bukan fizikal lain melalui Dokumen Pelan Agihan Holistik MAIPs 2.0 di bawah Pelan Strategik MAIPs 2021 – 2025,” titah baginda lagi

“Rancangan tersebut melibatkan beberapa kluster seperti Sosio Ekonomi Asnaf, Pendidikan, Dakwah, Penempatan, Kesihatan dan Pembangunan Amil,” titah Tuanku Syed Faizuddin selepas berkenan berangkat melawat bengkel Syarikat Batik Inderawasih yang terletak di Kariah Perawah, KM6 Jalan Dato Kayaman semalam. Keberangkatan baginda disambut oleh pengusahanya, Mohd Daud Ahmad Fuat dan Zarina Salleh.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Mufti Perlis Dato Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif
MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

(Visited 174 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button