PolitikPRK
Trending

Peralihan kuasa harus aman, teratur – Anwar

PROSES berkaitan transisi atau peralihan kuasa perdana menteri haruslah dilakukan secara aman dan teratur, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata perkara itu juga haruslah mendapat persetujuan dan muafakat daripada semua parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) bagi menghormati Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang berjasa.
Saya tidak setuju dengan proses itu (peralihan kuasa) jika ia tidak (dilakukan) dengan cara aman dan teratur,” katanya kepada pemberita selepas berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis di kawasan Pimping, Membakut malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai cadangan beberapa Ahli Parlimen PKR agar peralihan kuasa perdana menteri dibuat pada Mei tahun ini.

Hari ini media melaporkan bahawa Dr Mahathir sedia melepaskan jawatannya jika itu keputusan yang dimahukan Majlis Presiden PH.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan wujud komplot jenayah untuk menjatuhkan reputasi dan imej Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya dan suruhanjaya itu, Anwar berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Saya tidak tahu butirannya (laporan) tetapi mereka tidak sepatutnya memusnahkan kehidupan peribadinya,” katanya.

SPRM hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa individu termasuk peguam yang didakwa menjadi dalang dalam komplot jenayah untuk menjatuhkan reputasi dan imej suruhanjaya itu dan Latheefa.

“Peralihan kuasa harus dilakukan dengan baik, (kerana) Tun Mahathir mempunyai banyak pengalaman dan jasa (kepada negara). Kita (PH) juga ada muafakat dan janji (yang dipersetujui), jadi sebaiknya ia dibuat dengan cara baik. -BERNAMA

(Visited 80 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button