MahkamahNasionalNegeri

Edar dadah: Suami isteri terlepas hukuman gantung

PASANGAN suami isteri terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi Ipoh melepas dan membebaskan mereka daripada tuduhan mengedar 19.90g dadah, tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Abdul Wahab Mohamed terhadap Muhammad Yasmi Mohammad Yasin, 48, dan isterinya, Rossuhili Ikhsan, 47, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pasangan itu didakwa mengedar dadah dengan berat 19.90g iaitu 10.9g heroin dan 9.0g monoacetyimorphines.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Melati Kampung Sri Klebang, Chemor dalam daerah Kinta sekitar jam 7 malam pada 27 September 2020.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Timbalan Pendakwa Raya Saifulakmal Mod Said mengendalikan pendakwaan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohamad Hafiz Jalaludin.

Seramai enam saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang prosiding perbicaraan bermula Oktober 2022.

Mengikut fakta kes, serbuan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ipoh menemui sebungkus plastik berwarna hitam atas lantai rumah.

Turut dirampas alat penimbang digital, satu bungkusan plastik lut sinar mengandungi plastik lut sinar kosong, tiga anak kunci, bil elektrik dan baju milik kedua-dua tertuduh. – SINAR HARIAN – SM

BACA Pasangan suami isteri berdepan hukuman gantung sampai mati

BACA Sepasang suami isteri, nelayan, tukang bot berdepan hukuman gantung

(Visited 90 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button